Profil

JAWATANKUASA KAGUM 2011




BADAN KEBAJIKAN GURU & KAKITANGAN ( KAGUM )
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MOLEK , JOHOR BAHRU

 MATLAMAT PENUBUHAN
Memupuk semangat kerjasama, menjalinkan silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli agar suasana bekerja di Sekolah Kebangsaan Taman Molek lebih kondusif dan produktif.

TUJUAN-TUJUAN PENUBUHAN
1.        Untuk mengadakan sesuatu aktiviti bagi kebajikan dan kemajuan guru-guru dan staf sokongan dengan syarat tiada 'faedah' sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 boleh diberikan kepada ahli-ahli atau tanggungan ahli.

2.        Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan guru-guru dan staf sokongan.

3.        Untuk membolehkan guru-guru dan staf sokongan berinteraksi dalam suasana sosial yang sihat dan bertukar-tukar idea dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

4.        Untuk membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif.

FUNGSI
Fungsi kelab adalah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan kelab yang dinyatakan dalam matlamat penubuhan, seperti :

1.1      Membantu dalam memajukan perkembangan guru-guru dan staf sokongan serta menjaga kebajikan mereka.


1.2      Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara guru-guru dan staf sokongan serta sekolah.

LOGO RASMI KAGUM

Selamat Datang ke Portal Rasmi Kagum SK Taman Molek. Segala pandangan & cadangan amat kami harapkan dan kunjungan anda kami ucapkan terima kasih.