Ahad, 23 Oktober 2011

Tahniah KT Molek Band

Pada 22 Oktober 2011 telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di Ponderosa Golf & Country Resort. Majlis ini adalah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor. Dalam Majlis tersebut kumpulan pancaragam dari SK Taman Molek di diberi nama KT Molek Band telah dijemput untuk mengadakan persembahan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada KT Molek Band di atas persembahan yang membanggakan sehinggakan mereka yang hadir terpegun dengan persembahan yang diberikan termasuk wakil kepada Datuk khalid Nordin iaitu YB En. Tan Cher Puk ADUN Kawasan Johor Jaya.Tidak lupa juga tahniah diucapkan kepada Aduk Sayang Elyana diatas persembahan sajak yang sungguh menarik dan mantop. Kepada Jurulatih KT Molek Band iaitu Pn. Siti Norjamiatul Aisyah, Pn. Salasiah, Pn. Faridah & Cik Noraini anda semua telah membuktikan bahawa anda memang hebat dan jasa pengorbanan anda sukar untuk dibalas. Tahniah sekali lagi dari kami warga SK Taman Molek.

3 ulasan:

  1. pujian ini terlalu tinggi bagi kami tenaga pengajar KT Molek Band. Sebenarnya kejayaan kami adalah milik Allah dan datangnya dari Dia jua. Dia yang mempermudahkan segala urusan dan memberi kami kudrat untuk meneruskan band ini. apapun, jasa guru-guru yang banyak membantu terutama En Hafhizan, Fairus, Zulkefli Long, Hazizul, Big Boss kita Tn Syed, Pn Hjh Rokiah dan Pengerusi KAGUM sendiri yg banyak menabur jasa walaupun bukan tugas sebenar. Terima kasih tidak terhingga sesangat buat SQUAD FANS iaitu Pn Salasiah, Faridah dan Cik Noriah yang sabar dan tabah melayani kerenah saya. Apapun kejayaan ini pastinya daripada anak-anak SKTM yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk mengharumkan nama sekolah. ini kejayaan kita semua di SK Taman Molek. Sayang anda semua......

    BalasPadam
  2. Syabas..semoga terus mencipta banyak kejayaan lagi..

    BalasPadam

Selamat Datang ke Portal Rasmi Kagum SK Taman Molek. Segala pandangan & cadangan amat kami harapkan dan kunjungan anda kami ucapkan terima kasih.