Ahad, 23 Oktober 2011

Peperiksaan Setara Akhir Tahun 2011


Kami warga SK Taman Molek mengucapkan Selamat menjalani Peperiksaan Setara Akhir Tahun buat semua anak didik kami dari Tahun 1 - 6 pada 1-4 November 2011 ini. Kami doakan semoga anda semua akan mendapat keputusan yang cemerlang.. Amin...

Tahniah KT Molek Band

Pada 22 Oktober 2011 telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di Ponderosa Golf & Country Resort. Majlis ini adalah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor. Dalam Majlis tersebut kumpulan pancaragam dari SK Taman Molek di diberi nama KT Molek Band telah dijemput untuk mengadakan persembahan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada KT Molek Band di atas persembahan yang membanggakan sehinggakan mereka yang hadir terpegun dengan persembahan yang diberikan termasuk wakil kepada Datuk khalid Nordin iaitu YB En. Tan Cher Puk ADUN Kawasan Johor Jaya.Tidak lupa juga tahniah diucapkan kepada Aduk Sayang Elyana diatas persembahan sajak yang sungguh menarik dan mantop. Kepada Jurulatih KT Molek Band iaitu Pn. Siti Norjamiatul Aisyah, Pn. Salasiah, Pn. Faridah & Cik Noraini anda semua telah membuktikan bahawa anda memang hebat dan jasa pengorbanan anda sukar untuk dibalas. Tahniah sekali lagi dari kami warga SK Taman Molek.

Rabu, 7 September 2011

SEMOGA CEMERLANG

Kami warga SK Taman Molek mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan UPSR 2011 pada 13 September ini kepada semua murid tahun 6. Kami doakan semoga anda mendapat keputusan yang cemerlang hendaknya.. amiinn..



Selasa, 6 September 2011

Kami Jawatankuasa KAGUM mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri 1432H kepada semua warga SK Taman Molek, Johor Bahru. Maaf Zahir Dan Batin.


Selasa, 9 Ogos 2011

Selamat Datang ke Portal Rasmi Kagum SK Taman Molek. Segala pandangan & cadangan amat kami harapkan dan kunjungan anda kami ucapkan terima kasih.